Niat Di Hati

Bismillah, diharap kehadiran blog ini menjadi jalan peringatan dan nasihat kepada diri sendiri dan semua pembaca.


Wednesday, January 12, 2011

Langit & Bumi

 
"Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui."

Ayat di atas memberikan kefahaman kepada kita bahawa wujudnya perhatian Allah terhadap alam dan manusia. Semua ini bukti konkrit Zat pencipta alam semesta yang Maha Perkasa dan Maha bijaksana.

Titisan hujan terhasil daripada kerjasama antara langit dan bumi yang kemudiannya menumbuhkan berbagai jenis tanaman sebagai rezeki untuk dimanfaatkan manusia.

Penciptaan ini harus sama-sama kita fikirkan agar kita dapat mengenal dan menyembah Allah, Tuhan Yang Esa bersesuaian dengan fitrah manusia. Seluruh manusia tidak terkecuali dari merasakan Naluri ini. Sebab itu Allah berfirman "padahal kamu mengetahui".

Wallahu'Alam

Iqrakita/01


Petikan Sheikh Imran Hossein - "SYIRIK DI DALAM Pemerintahan Negara Bhg-2"

Khilafah telah musnah pada tahun 1924. Apa yang telah menggantikan Khilafah? Sesuatu yang datang dari mereka sebelum kita iaitu Yahudi dan Kristian. Apa namanya? Ianya dipanggil "Negara Sekular Moden". Apakah itu negara sekular moden? Negara sekular moden adalah syirik dengan huruf besar. Negara sekular moden menyatakan bahawa kami tidak mengenali Allah sebagai Al-Akbar. Tidak! Negara itu sendiri Al-Akbar, bukan Allah? Kuasa berdaulat milik negara dan bukan milik Allah. Kuasa tertinggi terletak pada negara dan bukan kepada Kuasa Allah. Dan undang-undang tertinggi terletak pada negara dan bukan pada Undang-undang Allah. 

Tuesday, January 11, 2011

Petikan Sheikh Imran Hossein - "SYIRIK DI DALAM Pemerintahan Negara Bhg-1"


"BISMILLAH"

Mari kita mulakan dengan suatu yang keras dan amat penting, Sunnah Nabi S.A.W - "Baginda Nabi Muhanmmad S.A.W mengikut "ayah" nya Ibrahim. Kata Quran - "Dan kami turunkan kepadamu Muhammad S.A.W, bahawa kamu juga harus mengikut agama ayah kamu Ibrahim dan tiada SYIRIK di dalam agama itu(Islam). Jadi, sunnah pertama Nabi Muhammad adalah untuk mengelak "SYIRIK" (AQ+SUNNAH / hadith terakhir Rasullullah). Ini adalah asas Nabi Muhammad untuk mengelak "SYIRIK" tetapi baginda telah memberi amaran sebelum baginda wafat. Baginda memberi amaran bahawa akan tiba masanya kita akan diserang oleh syirik dan akan sukar untuk kita mengenali syirik tersebut.