Niat Di Hati

Bismillah, diharap kehadiran blog ini menjadi jalan peringatan dan nasihat kepada diri sendiri dan semua pembaca.


Sunday, January 16, 2011

KEMELUT 4 MAZHAB - AHLUL HADIS - WAHABI

MAZHAB
Islam itu tertegak dengan kehendak Allah melalui perlantikan para Nabi atau Rasul yang kemudiannya diperintah untuk menyampaikan 3 pokok ajaran Islam yakni Aqidah, Akhlak dan Fiqh demi untuk menyelamatkan peradaban manusia sebelum datangnya Kiamat sebagaimana yang telah dijanjikan Allah. 

Untuk kita, umat akhir zaman, Allah Swt mengurniakan Muhammad Saw sebagai penunjuk arah kepada kesinambungan 3 cabang ajaran Islam itu. Ini dilakukan Allah melalui tunjuk ajar-Nya kepada Rasulullah Saw melalui wahyu-wahyu-Nya yang kini kita kenali sebagai firman Allah dalam Al-Quran. Dan setiap perlakuan Baginda Saw (sunnah) dan kata-katanya (sabda) dipanggil Hadis.

Sebaik Rasulullah Saw wafat, Allah telah menguji manusia terutamanya para sahabat Rasulullah Saw dengan KUASA POLITIK. Pertentangan dan perbezaan pandangan politik berhubung siapakah yang paling layak dan sepatutnya meneruskan pasca kepimpinan Rasulullah Saw berlaku. Disebabkan inilah maka  umat Rasulullah Saw terpecah kepada 3 golongan yang besar iaitu 1-Ahlul Sunnah Wal Jamaah (Suni), 2-Ahlul Bait (Syiah) dan 3-Khawarij. Yang masih wujud sehingga sekarang hanya golongan Suni (2/3 umat Islam) dan Syiah (1/3 umat Islam) sahaja.

Artikel penuh:

No comments:

Post a Comment