Niat Di Hati

Bismillah, diharap kehadiran blog ini menjadi jalan peringatan dan nasihat kepada diri sendiri dan semua pembaca.


Tuesday, January 11, 2011

Petikan Sheikh Imran Hossein - "SYIRIK DI DALAM Pemerintahan Negara Bhg-1"


"BISMILLAH"

Mari kita mulakan dengan suatu yang keras dan amat penting, Sunnah Nabi S.A.W - "Baginda Nabi Muhanmmad S.A.W mengikut "ayah" nya Ibrahim. Kata Quran - "Dan kami turunkan kepadamu Muhammad S.A.W, bahawa kamu juga harus mengikut agama ayah kamu Ibrahim dan tiada SYIRIK di dalam agama itu(Islam). Jadi, sunnah pertama Nabi Muhammad adalah untuk mengelak "SYIRIK" (AQ+SUNNAH / hadith terakhir Rasullullah). Ini adalah asas Nabi Muhammad untuk mengelak "SYIRIK" tetapi baginda telah memberi amaran sebelum baginda wafat. Baginda memberi amaran bahawa akan tiba masanya kita akan diserang oleh syirik dan akan sukar untuk kita mengenali syirik tersebut. 


Syirik bukan sahaja menyembah selain daripada Allah / Syirik bukan hanya menyembah dua atau 3 tuhan / Syirik bukan hanya menyembah dewa dan dewi / Syirik bukan hanya menyembah berhala / Syirik juga termasuk berlagak sebagai tuhan dan yang itu sebagai Syaitan / syirik juga adalah cubaan untuk mengambil alih dari Allah dan menganggap diri sendiri berfungsi sebagai Allah. 

Baginda bersabda syirik suatu hari akan menyerang kamu tetapi ia sukar dikenali, BAGAIMANA SUKAR? Kesukarannya seperti mengenali semut hitam pada batu hitam, di batu yang gelap, begitulah sukarnya nanti. Siapa yang boleh mengenali semut hitam pada batu hitam di malam yang gelap? Mungkin kamu punyai PHD, Master / Degree / Diploma /Sijil / Sekolah Berprestasi Tinggi dsb, itu tidak memberi perbezaan!!! Mereka yang boleh mngenali semut hitam pada batu hitam di malam yang gelap adalah mereka yang punyai cahaya untuk melihatnya. Tetapi cahaya ini bukan datangnya dari lampu suluh, cahaya ini datang dari Allah dipanggil "NUR". Dan hanya apabila Allah memberi "NUR" kepada kamu, barulah kamu berupaya untuk melihatnya. Jika kamu punyai mata tetapi tidak dapat melihat(AQ), kamu punyai telinga tidak dapat mendengar(AQ), kamu punyai hati tetapi tidak dapat memahaminya(AQ), kamu adalah sebagai "binatang ternak". Surah Al-A'raf : 179.

Adakah kita hari ini hidup di dalam dunia yang mana syirik telah menyelimuti keseluruhannya? Yang mana kita telah memeluk syirik di mana sahaja, dan kita di dalam syirik (tetapi menyanyikan qasidah / berzanji mendoakan Nabi Muhammad). Itu soalan saya tanyakan pada kamu semua untuk berfikir sejenak. 

Mari kita mulakan dengan solat. Kamu tidak boleh mengerjakan solat tanpa menyebut "ALLAHHUAKBAR". Setiap kali kamu bergerak kamu mesti sebut "Allahhuakbar". Boleh kamu lakukan solat tanpa menyebut "Allahhuakbar"? Apa maksud "Allahhuakbar"? "Allahhuakbar" bermaksud Allah Maha Agung / Maha Besar. Allah lah Yang Paling Tinggi, Paling Agung, Paling Segalanya. Kuasa Allah (AQ) lah Yang Paling Agung. Undang - Undang Allah itu lah Yang Paling Agung, itulah "Allahhuakbar". Jika kamu mengambil yang lain lebih tinggi kuasanya selain dari Kuasa Allah, itulah SYIRIK. Jika kamu mengambil kuasa sesuatu yang lain lebih tinggi dari Undang - Undang Allah, itulah SYIKRIK. Jika kamu mengambil undang - undang lain lebih tinggi daripada Undang - Undang Allah (AQ), itu lah SYIRIK. Sesiapa bebas pada bila-bila masa, boleh hentikan saya dan cabar saya. Ya! kerana kuliah ini diberikan untuk generasi akan datang. Jadi cabar saya jika saya salah. Jadi kita mengambil Allah yang punyai Kuasa Yang Paling Tinggi (AQ). 

Sebagai Muslim, apabila kita mengambil kuasa pemerintahan di sesebuah kawasan, kita jadikan Allah "AKBAR" di kawasan itu. Kita ambil Allah sebagai "AL-AKBAR" di kawasan itu. Di mana sahaja apabila kita punyai kuasa (dipinjamkan) pada suatu kawasan, jadikanlah Allah Maha Agung di kawasan itu. Dan Kuasa Allah adalah yang paling tinggi di kawasan itu dan Undang-Undang Allah (AQ) adalah yang paling berkuasa di kawasan itu. Dan kawasan itu dipanggil "Darul Islam". 

Dan kita lantik pemimpin yang dipanggil "Khalifah". Beliau juga digelar "Amirul Mukmin". Pemimpin kepada mereka yang beriman. Beliau juga dikenali sebagai "Imam". 3 gelaran, Khalifah, Amirul Mukminin, & Imam dan negara itu dipanggil Khilafah. Dan di dalam model negara itu, Keagungan Allah "AKAN DIKENALI". Kuasa Allah sebagai Yang Paling Tinngi akan dikenali. Undang-Undang Allah akan dikenali sebagai Yang Paling Tinggi. Dan Undang-Undang Allah akan dikuatkuasakan. 

Adakah Allah diambil sebagai "Al-Akbar" di mana-mana pelusuk dunia hari ini??? Tiada seinci persegi inci pun Bumi Alah mengambil Allah sebagai Al-Akbar pada hari ini. Tidak seinci persegi pun. Ada sesiapa yang tidak lena tidurnya kerananya (Bumi bukan dikuasai oleh Kuasa Allah) ??? Ada sesiapa meratapikannya??? Adakah air mata berlinangan kerananya??? Yang Allah tidak dikira sebagai Al-Akbar!!! Walau seinci persegi pun di dunia hari ini??? Tidak! Kita menyanyikan qasidah hanya sebagai perbuatan ikut-ikutan tanpa memahami maksudnya yang tersirat (juga amalan-amalan lainnya). 

Khilafah telah dimusnahkan pada tahun 1924. Oleh siapa??? Oleh mereka yang datang sebelum kita (Mustapha Kamal Atartuk lebih dikenali sebagai Bapa Permodenan dalam Islam) Adakah sejarah yang dipelajari benar??? Terutamana musuh-musuh Islam iaitu Yahudi Eropah dan Kristian Eropah (Eropah yang amat diagung-agungkan oleh generasi akan datang @ anak muda sekarang). Merekalah yang memusnahkan Sistem Islam. Dan jika kamu mahu mencari dan membaca cerita bagaimana Khilafah dimusnahkan, telah ditulis oleh saya. Tetapi saya dapati Kaum Muslim saya di Trinidad (Juga Malaysia), mereka tidak suka membaca mengenai cerita sejarah sebenar Islam dan tidak juga ingin mencarinya. 

Saya merantau ke seluruh dunia, dan saya dapati kebanyakkan Kaum Muslim di seluruh dunia amat "Dahagakan ilmu" & "Lapar untuk membaca" (tetapi malas juga tidak sedar), memujuk saya ke mana sahaja saya pergi untuk mendapatkan ilmu. Tetapi saya dapati orang saya (Trinidad & juga Malaysia),perlu dikejutkan. Kita tidak tahu bagaimana membuatkan mereka mahu membaca. Sudah disediakan sumber-sumber tetapi malas dan tidak ada kemahuan untuk mencari kebenaran.

No comments:

Post a Comment