Niat Di Hati

Bismillah, diharap kehadiran blog ini menjadi jalan peringatan dan nasihat kepada diri sendiri dan semua pembaca.


Wednesday, January 12, 2011

Petikan Sheikh Imran Hossein - "SYIRIK DI DALAM Pemerintahan Negara Bhg-2"

Khilafah telah musnah pada tahun 1924. Apa yang telah menggantikan Khilafah? Sesuatu yang datang dari mereka sebelum kita iaitu Yahudi dan Kristian. Apa namanya? Ianya dipanggil "Negara Sekular Moden". Apakah itu negara sekular moden? Negara sekular moden adalah syirik dengan huruf besar. Negara sekular moden menyatakan bahawa kami tidak mengenali Allah sebagai Al-Akbar. Tidak! Negara itu sendiri Al-Akbar, bukan Allah? Kuasa berdaulat milik negara dan bukan milik Allah. Kuasa tertinggi terletak pada negara dan bukan kepada Kuasa Allah. Dan undang-undang tertinggi terletak pada negara dan bukan pada Undang-undang Allah. 


Bukankah itu syirik? Allah membuatkannya haram, tetapi negara boleh menghalalkannya seperti mereka membuat judi / arak / dsb halal di negara ini (termasuk Malaysia). PNM pada tahun 1960an, saya masih ingat lagi saya ketika itu seorang budak yang sedang membesar. Mereka menggubal dan meluluskan undang-undang di negara ini untuk menghalalkan loteri. Dan kemudian mereka memulakan loteri kebangsaan sekitar 60-an dan kita ada beberapa "Menteri Muslim" di dalam kerajaan. Mereka berkata kami tidak mengundi untuk itu, kami berkecuali. Jika kerajaan yang mana kamu duduki adalah sebahagian daripadanya, membenarkan apa yang diharamkan oleh Allah, dengan membenarkan loteri, membenarkan judi sebagai contohnya, bukankah itu syirik??? Dan dengan terus menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut, menyokong kerajaan itu serta mengundi parti tersebut, bukankah kamu tergolong dalam golongan syirik??? Itu soalan saya. Jika kamu berbeza pendapat dengan saya pada malam ini, bangun dan beritahu serta cabar saya jika kamu mahu. 

Saya rujuk kepada Surah At-Taubah:31 yang mana Allah berfirman. Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib / rabbi-rabbi mereka sebagai tuhan selain Allah dan Al Masih putera Maryam (lebih mempercayai kata-kata Alim Ulama lebih daripada kata-kata AQ), padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Betapa teruknya kamu, keluarlah dari tindakan syirik yang mereka lakukan itu yang mengambil paderi / rabbi / alim ulama sebagai tuhan (rujukan) selain dari Allah. 

Seorang lelaki datang kepada Nabi dan berkata - "Wahai pesuruh Allah, bagaimana Allah boleh berfirman sedemikian?" (yang manusia menyembah (lebih merujuk) kepada paderi / rabbi / alim ulama sebagai tuhan (seperti mereka boleh saja memberi petunjuk! / Surah At-Taubah: 31 ). Mereka tidak melakukan sedemikian (perbuatan yang dilarang Allah) kata lelaki tadi).  Tidak!!! (Nabi membalas dan baginda bertanya) - "Tidakkah mereka menghalalkan apa yang telah Allah haramkan? Itulah syirik mereka".  "Tidakkah mereka menghalalkan apa yang telah Allah haramkan? Itulah syirik mereka". "Tidakkah kaum mereka mengikuti mereka? (ramai yang mengikut). Itulah syirik mereka". 

Jadi saya bertanyakan soalan malam ini pada 12 Rabiulawal. Jika paderi / rabbi / alim ulama dan itu (dialog) adalah syirik. Bukankah jika kerajaan melakukan perkara yang sama itu juga adalah syirik? Ya..Semua sistem politik seluruh dunia hari ini, kemana saja kamu pergi di dunia hari ini adalah "negara sekular moden yang agung". Kemana saja kamu pergi di dunia hari ini, undang-undang negara yang paling tinggi adalah undang-undang perlembagaan (dicipta manusia). Malah tidak di Arab Saudi, Mekah dan Madinah sekalipun, adakah Undang-Undang Allah yang paling tinngi? Tidak! Undang-undang perlembagaan yang dicipta manusia adalah yang tertinggi pada hakikatnya sekarang ini (negara-negara yang ada di bumi hari ini lebih jelas dikatakan negara syirik, adakah ini jelas? Fikirkan umat Islam!)

Contohnya, semua negara di dunia hari ini adalah ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali Indonesia yang keluar sekejap kemudian kembali semula ke dalam PBB. Kecuali Switzerland yang cuba untuk menyertai, Switzerland tidak menyertai buat sekian lama tetapi cuba untuk menertainya sekarang. Jadi semua manusia adalah Ahli PBB. Teka apa ketetapan PBB?? Dalam artikel 25 dan 26, katanya Allah tidak Al-Akbar. Ya,kamu tidak membaca. Ketetapan PBB kata dalam artikel 25 dan 26 - "Allah tidak Al-Akbar". Mengapa? Katanya kuasa yang paling tinggi di dunia, kuasa yang paling tinngi di dunia dalam semua perkara mengenai keamanan dan keselamatan terletak pada Majlis Keselamatan PBB. Undang-undang mereka adalah undang-undang yang paling tinggi. Tiada undang-undang yang lebih tinggi dari mereka. Itu adalah syirik yang nyata (tetapi tidak disedari). 

Jadi saya telah mempersembahkan kepada kamu pada malam ini bukti permulaan, bukti yang pahit yang kita hidup sekarang dengan syirik di sekeliling kita. Tetapi tiada siapa nampaknya yang tidak lelap tidur kerananya. Tiada siapa juga berusaha untuk keluar dari syirik. Dengan berusaha mengembalikan Sistem Khalifah untuk berkuasa di satu kawasan di dunia ini dan menjadikan Undang-Undang Allah (AQ) paling tinggi di kawasan itu.Sudah tentu Amerika akan menentang kamu, Britain akan menentang kamu, Perancis akan menentang kamu, Russia akan menentang kamu, Kerajaan akan menentang kamu, seluruh dunia akan menentang kamu. Adakah kamu takut dengan nama-nama ini selain daripada Allah? Mereka tidak akan benarkan kamu melakukannya (membawa ajaran quran). Tetapi itu tidak sepatutnya menghalang kamu dari berusaha untuk itu (mendukung ajaran quran). Sekurang-kurangnya kita boleh berkata kepada Allah kita sudah pun berusaha daripada tidak wujud langsung keinginan dalam diri. 

Adakah walau satu jemaah pun di negara ini, walau seorang yang berusaha mengajar orang ramai tentang pentingnya mengembalikan Sistem Khilafah??? Apa akan terjadi bila Imam Mahdi turun? Sudah tentunya Sistem Khilafah akan kembali dan sistem negara sekular moden akan masuk ke dalam tong sampah! Itu tak sampai pun dalam 50 tahun dari sekarang. Tetapi sebelum itu jika kita hanya duduk diam dan tidak melakukan apa-apa tentangnya, kita tidak pernah bercakap tentangnya, kita tidak mengajar sesama kita mengenainya, kita tidak pernah tak lelap tidur kerananya, kita tidak punyai keperitan di hati mengenainya, sedang di sekeliling kita penuh dengan syirik dan kita tidak berusaha untuk keluar daripada syirik. Apa yang Allah akan lakukan kepada manusia sebegini? Syirik bukan sahaja pada negara, syirik bukan sahaja dengan kerajaan, samada kamu "Mengundi" PNC atau kamu "Mengundi" UNC atau "Mengundi" apa saja, ianya adalah tetap syirik yang sama. 

"ALHAMDULILLAH"

No comments:

Post a Comment