Niat Di Hati

Bismillah, diharap kehadiran blog ini menjadi jalan peringatan dan nasihat kepada diri sendiri dan semua pembaca.


Tuesday, January 25, 2011

Apa sudah jadi wahai Umat Muhammad? Sedarlah...



Tahun demi tahun telah berlalu, namun kehidupan umat Islam, terutamanya sejak runtuhnya institusi kekhalifahan pada 1924, berada dalam kesedihan dan penderitaan yang amat-amat luar biasa. Umat Islam bukan lagi saudara, umat Islam tidak lagi sefahaman dan sehaluan di atas bumi-Nya. Negeri-negeri Islam semuanya telah dipisahkan oleh satu garisan yang di namakan sempadan, dipisahkan menjadi negara-negara kecil yang membentuk negara bangsa (Nationstate). Kondisi inilah yang menyebabkan Islam menjadi lemah dan menjadi objek eksploitasi negara-negara penjajah.
Bila telah dipisahkan menjadi bangsa, terjadinya perbezaan dalam diri umat Islam itu sendiri yang membezakan warna kulit, bahasa pertuturan dan budaya amalan. Jadi, jiwa untuk mempertahankan bangsa dan budaya lagi kuat dari jiwa untuk mempertahankan Agama. Sedangkan dahulunya Islam itu satu Agama, satu Budaya, Islam itu dahulunya adalah satu cara hidup yang kita kenali sabagai Dien. Apa sudah jadi wahai umat Muhammad? Sedarlah... Bila sekarang kita di ajarkan pula dengan cara hidup ciptaan manusia iaitu Kapitalis Sekular. Yang mengajarkan kepada kita segala-galanya di dunia ini adalah bisnes. Sehinggakan nyawa pun boleh dibayar harganya, inikan pula maruah diri, maruah bangsa, maruah Agama. Apa sudah jadi wahai umat Muhammad? Sedarlah... 
Setiap orang hanya memikirkan untuk dirinya sendiri "aku-aku, engkau-engkau, kubur masing-masing".
Keutamaan hidup bukan lagi demi mencari Keredhaan Allah (Mardatillah), tetapi untuk mencari Keredhaan manusia spt; bos, ketua parti, negara yang lebih maju...Kalau nak cari keredhaan manusia, pasti kita takkan dapat sebab manusia itu takkan puas, jadi, sampai bila-bila la kita akan dikudakan dan dieksploitasikan. Wang, Pangkat dan Nafsu  yang dikejar-kejarkan. Apa sudah jadi wahai umat Muhammad? Sedarlah...
Kondisi dalam segenap aspek inilah yang telah membawa kita kembali memasuki masa Jahiliyah yang pernah di alami oleh Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Di bidang sosial kemasyarakatan, budaya Jahiliyah merupakan budaya yang permisif (serba boleh) dan penuh dengan kemaksiatan. Tidaklah hairan ketika itu penzinaan itu perkara yang teramatlah biasa dan membunuh anak-anak perempuan kerana malu pun biasa.  Perkara yang sememangnya sama berlaku ketika ini, Zina dan Gay merupakan perkara biasa, membunuh anak bukan saja perempuan malah anak lelaki juga turut dibunuh, seumpamanya zaman kita sekarang ini menggabungkan perkara-perkara yang umat-umat Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh dan Nabi Muhammad S.A.W. lakukan sebelum kemenangan Islam yang dibawa oleh Nabi-nabi tersebut. Apa sudah jadi wahai umat Muhammad? Sedarlah... 
Sampai bila, dan selama mana kita nak membiarkan Kondisi seperti ini berterusan? dan apa pulak tindakan kita sebagai umat Islam? adakah kita masih seronok dibuai dengan mainan-mainan Syaitan? atau kitalah yang nak mengubah Nasib Umat Islam Dunia? segala-galanya bermula dari Diri kita :

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ [١٣:١١]


Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (Al-Ra'ad: 11) 

Jadi, hendaklah kita wahai saudara-saudaraku, ubah diri kita kepada yang di mahukan-Nya,dengan Berhijrah. Dari segi bahasa hirah itu berpindah tempat, tetapi secara syar'i para fukaha mendifinasikan hijrah sebagai: Keluar dari Darul Kufur ke Darul Islam (An-Nabhani, Asy-Syakhsiyyah al-Islâmiyyah, II/276). Maka, Hijrahlah, Hijrahlah, Hijrahlah wahai Bangsaku, keluarkan diri kita dari kegelapan yang meliputi diri dan jiwa kita, keluar dari kegelapan yang membutakan Agama kita, Hijrahlah dengan satu saja caranya, iaitu dengan Al-Quran:

الر ۚ كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَىٰ صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ [١٤:١]
Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Ibrahim: 1).

Maka, marilah kita kembali kepada rahmat-Nya, marilah kita kembali mencari Redha-Nya.



No comments:

Post a Comment